Wednesday, August 19, 2009

SALAM RAMADHAN...



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Selamat Berpuasa.

Monday, August 17, 2009

ANOTHER NEW ACTION... PAINTBALL

Demi menyambut seruan kawan2 di SUK Perak yang beria-ria menganjurkan Kejohanan Paintball Antara Jabatan Kerajaan Negeri Perak, maka Kelab Petanda Kerian dengan sokongan YDP, Haji Mad Dan tertubuhlah pasukan Paintball yang pertama rasanya di daerah ini...

Berbekalkan semangat saja (kitorang team miskin yang tak ada baju dan uniform) kami pergilah membawa nama Petanda Kerian didaftarkan dengan nama Dirty Dozen (kotor sungguh manusia2 ini).

Pencapaian dikira membanggakan... so lepas ni boleh la main lagi...


I was the 'kapitan'... hehehe... kerja berat...


Dirty Dozen... kotor punya orang...

Thursday, August 13, 2009

THE FIRST RIDE...

Sehari lepas bawak balik basikal, on the next day terus la aku mengayuh basikal aku... macam malam pertama pulak... hahahahaha... keluar ja dari rumah, warm-up sekilo dua terus ke Jalan Gula... target tak jauh... dapat 10 atau 20 kilo kira ok la tu...

yang boringnya kayuh sorang2... takpa la... maybe nanti dah jumpa org yang sama minat boleh la join kayuh... tapi nak join org sekarang pun segan jugak... confirm awal2 ni kena tinggai ja... so, lebih baik cari angin dulu... dah agak2 ok skit performance nanti boleh la join org...

Slowly, lepas ni boleh la upgrade mana yang patut... biasala, macam make up kereta, bukan siap dalam sehari... basikal pun mau make up jugak...






hehehe... ni snap kat dalam store room aku... masa riding sapa nak snap gambar aku? dok kayuh pun sorang2...

Monday, August 10, 2009

RIDING AGAIN...

Selepas sekian lama mengumpul dana dan memohon kelulusan dari 'Finance Minister' aku... akhirnya semalam hajat nak beli mtb baru tercapai jugak.... gila lama pohon peruntukan baru lulus... rasanya nak mintak buat jalan kampung dengan repair surau kat kampung pun tak lama macam ni... kalau la macam ni punya lama nak lulus peruntukan memang la orang kampung marah... tapi aku tak marah... pelan2 kayuh... finally, semalam aku dapat jugak beli satu mountain bike yang dikira middle-class punya... jadi la... daripada takde langsung...

maybe rejeki aku jugak kot... ada satu kedai yang aku dah nak pegi tapi tutup... tokey dia ada kat luar so, aku pun pusing la ke area Simpang Ampat, Seberang Perai... hasil dari info Auzani Red Frame, sampai la aku ke kedai Albert kat sana... maka keluar la sebijik mountain bike dari situ ke rumah aku...

so, lepas ni boleh la berkayuh balik lepas 2 tahun tak sentuh basikal... wife aku siap sound semalam... make sure basikal tu dikayuh... jangan terperap dalam bilik je buat tukun... heehehehe... akan ku kayuh basikal itu...

lepas ni nak cari geng kayuh pulak... ada dah sorang dua kat ofis ni nak boleh di racun... so nak kena cucuk jarum la lepas ni...