Thursday, July 29, 2010

KETAGIH...

Sekarang tengah ketagih... tiap2 petang tunggu ja mesej2 masuk dari penagih2 lain... bini aku pun kadang2 susah ati... tapi aku bagitau kat dia, tak payah susah ati tak ketahuan hala... aku ketagih kayuh basikal ja... bukan ketagih benda lain...

sekarang ni pulak, aku dah jumpa geng kayuh... kalo sebelum ni org2 kat belah Kuala Kurau sana dok perati aku macam org gila dok kayuh sorang2... la ni tak lagi... aku kayuh tempat lain dah... sekarang layan Bukit Tebuan... tapi mengayuh ni ada satu macam feeling yang tak leh nak cerita... senang cerita nak tau kayuh la dulu...





Sunday, April 18, 2010

CUTI-CUTI...



Sekian lama aku asyik berjanji dengan anak bini aku nak bawak pegi jalan2, akhirnya minggu ni dapat jugak bawak diorang bercuti... walaupun tak jauh mana dan tak naik kapal terbang pun, tapi yang penting anak aku seronok tak terhingga... itu yang penting... berkali-kali aku plan nak bawak diorang berjalan, tapi tak pernah kesampaian... keja la, function la, lawatan la, so minggu ni tanpa sebarang proper plan, aku terus book hotel yang lebih kepada inn saja... last minute planning, you won't get what you wish unless you are willing to pay more...anyway, the room is acceptable with a reasonable price... maka bercutilah kami ke Cameron Highlands... five years after my honeymoon... this time with 2 new members... ayong and adik aaila...

Walaupun dua hari ja, tapi aku rasa berbaloi cuti kali ni pasal semua yang wajib pergi dah dilawati... strawberry park tempat yang ayong paling nak pergi... sehari sebelum pergi lagi dok sebut nak petik strawberry... kalo tak pergi mmg kiamat la dunia ni...









Monday, April 12, 2010

I'M BACK...

Salam semua... lama betul aku tak jenguk sini... banyak dah berlaku dalam hidup aku sejak aku senyap kejap... kejap tak kejap dah dekat setengah tahun... lama dah tu... tapi kita boleh terasa betapa cepat masa berjalan...

Disember - anak kedua aku selamat dilahirkan secara normal... lebih tepat lebih kurang jam 5.30 pagi, 16 Disember... baby girl... Syifa Naaila...


Alhamdulillah, rezki bertambah-tambah... memang terasa rezki anak-anak tuhan bagi mencurah-curah... pada yang belum ada anak cepat2 la dapatkan anak... InsyaAllah rezki akan datang...


Syaza pun dah besar skarang... dah banyak akal... tapi dua-dua anak aku memang identical... adik dengan kakak nampak sama je... perangai pun lebih kurang ja... cuma adik kuat nangis skit...



Berbalik pasal rezki... akhirnya hajat dan impian aku dan isteri nak pakai kereta impian tercapai jugak... Alhamdulillah... Selepas sekian lama menabung dan menyimpan, dapat jugak pakai... Yang penting, boleh bawak ramai orang... maka ayah adik beradik semua boleh merasa...



Wednesday, September 16, 2009

Wednesday, August 19, 2009

SALAM RAMADHAN...



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Selamat Berpuasa.