Monday, August 10, 2009

RIDING AGAIN...

Selepas sekian lama mengumpul dana dan memohon kelulusan dari 'Finance Minister' aku... akhirnya semalam hajat nak beli mtb baru tercapai jugak.... gila lama pohon peruntukan baru lulus... rasanya nak mintak buat jalan kampung dengan repair surau kat kampung pun tak lama macam ni... kalau la macam ni punya lama nak lulus peruntukan memang la orang kampung marah... tapi aku tak marah... pelan2 kayuh... finally, semalam aku dapat jugak beli satu mountain bike yang dikira middle-class punya... jadi la... daripada takde langsung...

maybe rejeki aku jugak kot... ada satu kedai yang aku dah nak pegi tapi tutup... tokey dia ada kat luar so, aku pun pusing la ke area Simpang Ampat, Seberang Perai... hasil dari info Auzani Red Frame, sampai la aku ke kedai Albert kat sana... maka keluar la sebijik mountain bike dari situ ke rumah aku...

so, lepas ni boleh la berkayuh balik lepas 2 tahun tak sentuh basikal... wife aku siap sound semalam... make sure basikal tu dikayuh... jangan terperap dalam bilik je buat tukun... heehehehe... akan ku kayuh basikal itu...

lepas ni nak cari geng kayuh pulak... ada dah sorang dua kat ofis ni nak boleh di racun... so nak kena cucuk jarum la lepas ni...

3 comments:

theIRONMAN said...

bro.. bike baru ? cantik kayuh untuk kesihatan. kalau kawasan kerian bro try call group nie http://jamalcyclingspace.blogspot.com/

Anonymous said...

orang tua mmg suka main beskal ke? kau boleh join abg daud la. dia dah ada 2 bijik beskal yang harganya boleh beli dua bijik motor. itu tak kira eksesori lagi. pernah ada usaha nak racun aku... tapi aku masih teguh! hehehe

Syam said...

ironman - tq bro... memang tgh cari geng ni... nnt boleh jumpa lagi... kot2 balik manjung ka boleh jumpa...

nije - belum try belum tau...